Pages

Powered by Blogger.

Things to Ponder....

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

I copy this article from Utusan Malaysia. This guy did arose some points la...

MELUAT DENGAN MELODI

SAYA adalah peminat setia rancangan Melodi sejak mula-mula ia diperkenalkan oleh TV3 dengan pengantaranya saudara Mahadir Lokman. Ketika itu konsepnya ala-ala rancangan Entertainment This Week dan formatnya lebih kepada melapor acara-acara atau aktiviti dunia hiburan tempatan dengan gaya formal dan ada kelas, bukan ala-ala pojok murahan seperti yang sekarang ini.

Gaya penyampaian Mahadir ketika itu pun formal dan gentleman dengan pakaian blazer dan tali leher/bow tie mengikut kesesuaian. Zaman berlalu, Melodi melalui pelbagai transformasi dan perubahan dari segi persembahan dan pengacara, dari Fauziah Ahmad Daud, Saiful Apek sehinggalah Wahid Senario dan Fara Fauzana sekarang ini.

Malangnya, dari pandangan mata kasar dan pemikiran cetek saya yang kurang mengerti tentang dunia hiburan ini, saya melihat rancangan ini semakin lama semakin rendah kualitinya. Melodi banyak merapu, biadab, bongkak dan bodoh sombong semata-mata kononnya atas alasan telus, berani kerana benar dan macam-macam prinsip tong kosong.

Sebaliknya apa yang dikejar, digilai dan disogokkan oleh Melodi ialah banyak ‘cerita yang direka-reka’ (bila direka maksud saya dilebihkan liputan tentangnya dan disensasikan hingga ke titisan lensa, pena dan peluh yang terakhir) berbanding berita. Misalnya, kisah perkahwinan dan cerai-berai artis, artis itu bergaduh dengan artis ini, artis itu skandal dengan datuk sana dan datin sini, Apa ini? Meluatlah.

Yang saya nampak, apabila suatu filem atau album baru diedarkan atau ditayangkan, wartawan Melodi lebih cenderung bertanyakan soalan pesimistik tentang berapa kutipan atau jualan yang boleh dicapai dalam keadaan ekonomi sekarang, atau jika dibandingkan dengan filem yang sepatutnya berjaya tapi gagal di pasaran, (katalah apa pun, tapi tone suara yang negatif itu, boleh dihidu oleh penonton biasa seperti saya).

Saya juga kesal dengan penampilan berlebihan wartawan Melodi seperti Michelle, Nas Ahmad ‘Abang Rambut Ketak’ dan lain-lain.

Melodi perlu jujur dengan slogannya sendiri ‘tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi’ sebelum ia boleh mengemudi artis dan industri hiburan tanah air ke arah tersebut. Bukan hanya pandai cakap saja.

- Madzlee Mohamad Hussain

Kajang, Selangor.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

Unknown said...

oits.. ada blogspot da o.. tok aku pun.. ayu, arieza, nurul dll pun ada. http://blogyakisoba.blogspot.com/

Anonymous said...

Melodi will never be my type. Be it the content, montage, Fara's co-host, concept, what-so-ever! So not into my liking.

Regards.

Post a Comment

Drop some comments ya! Jangan malu-malu.

Terima Kasih Daun Keladi . . . Y(^_^)Y . . .