Pages

Powered by Blogger.

Atas Nama Demokrasi





Well, nak kelaka hal politik sekejap. Nang sik pande abis nak owh. Sikpa, sabar jak. Lain kali aku ngereco pasal artis and pasal jiran tetangga. Time tok aku nak ngereco pasal politik lok. Bukan apa, aku just geram bila ada cakap-cakap padah sapa-sapa yang sik menyokong reformasi and sapa-sapa yang menyokong BN ya (especially di East Malaysian) adalah sik celik politik, dah kenak brainwash, buta, sik mengidamkan Malaysia yang progresif. Well, tetttttt salehhhh. Berat sebelah ktkorg ya. Jangan berlagak urban gilak lah, cos in the big race, dunia sik tauk pun sine Malaysia.

Dalam system demokrasi, pilihanraya adalah kaedah yang paling relevant untuk kita memilih PARTI mana yang layak untuk mengetuai KERAJAAN. Aku bencik dgn orang-orang yang bila diajak berbincang, terus ngeluar point “Yalah kau sik tauk apa maksud ‘kerajaan’!”. Well, mun maksud kerajaan bagi kau hanyalah setakat jadi ukoi rakyat, semua tuntutan rakyat mesti diekot, subsidi adalah hak rakyat, itu ini adalah hak rakyat; Aku bersetuju, TAPI, ya bukan segala-galanya.

Kita tok nak, especially mun kita Islam, bila kita kalah jangan jadi “sore loser”. Dalam kita berikhtiar nak menang, jangan pertuhankan ikhtiar ya. Sebab boleh jadi kita kalah, tapi kalahlah cara Islami. Semua benda yang terjadi dah tertulis di Luh Mahfuz. Hatta benda ya adalah buruk bagi kita. Pernah kita terfikir mungkin apa yang terjadi adalah baik bagi orang lain? Konsep yang sama perlu ada dalam menerima kekalahan dalam pilihanraya. That’s life. Get over it.

Pada pendapat aku, cabaran utama kita bukanlah menjatuhkan kerajaan yang “dirasakan” tidak adil, tapi cabaran utama adalah proses membentuk kerajaan yang adil. Jadi, apa cara yg patut kita guna untuk membentuk kerajaan pilihan rakyat? Melalui proses demokrasi. Sesiapa yang punya cita-cita besar untuk negara, mestilah menjadi popular dan meraih sokongan. Untuk sebab itu, PARTI pun diwujudkan.  

Berdasarkan demokrasi, jumlah parti sik dapat ditentukan. Sekiranya terlalu banyak parti yang wujud, maka sikda parti yang dapat meraih majority dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan. Jika ada pun, cuma majoriti mudah. Bila semua parti dalam keadaan goyah sik kuat, maka akan ada golongan anarki yang lantang akan wujud. Golongan-golongan ini biasanya yang sik tunduk pada mana-mana undang-undang kerana merasakan sidak sik perlu takut pada kerajaan/parti yang lemah. Ya adalah kesan, bila kerajaan yang wujud adalah kerajaan yang lemah. Golongan anarki tok lah yang biasanya akan meraih suara melalui cara rusuhan, propaganda, fitnah dan sebagainya.

Apa jadi bila golongan anarki yang bukan memerintah semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung oleh undang-undang? Bila masalah golongan anarki semakin serius, maka badan yang berdisiplin terpaksa masuk campur. Kebiasaannya, badan tersebut adalah pihak tentera. Bila rakyat dah merusuh dan sik dapat nak di handle oleh pihak penguasa tempatan, maka tentera akan take over dan membentuk Kerajaan Militan. Jika ini terjadi dalam konteks politik Malaysia sekarang; tumbang BN, belum tentu PR yang yang take over.

Kerajaan Militan tidak tertakluk oleh undang-undang yang kita guna pakai, sebab mereka ada undang-undang militan. Under kerajaan militan, penahanan tanpa bicara dibolehkan, dan sesiapa saja yang melawan akan ditangkap tidak kira apa ideology politik mereka. Kita tauk, dalam ketenteraan, pangkat dan kasta adalah segala-galanya, jadi power corrupts akan pasti terjadi. Maka akhirnya, rakyat yang merana.

Di Mesir, rakyatnya bersekongkol dengan pihak militant untuk menumbangkan kerajaan, tapi bila kerajaan militant dah mula gila kuasa, maka jadilah Mesir di bawah pemerintahan yang authoritarian. This is the cycle, dan sejarah dah membuktikan segala-galanya. Maka, tiada lagi  ruang untuk demokrasi.

Untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku, konsep demokrasi mesti diguna-pakai dan dihormati. Terlalu banyak parti politik, akan mengundang masalah, terlalu sikit, akan menyebabkan salah guna kuasa. Sistem demokrasi yang berjaya kebiasaanya terdiri daripada jumlah parti yang sedikit, paling kurang, 2 (bi-partisan).

Di negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia, kita mesti ada mindset “sikda satu bangsa yang akan menang sentiasa”. Semua perlu memberi, berkongsi, dan berkorban. Dalam soal ini, konsep meritokrasi mungkin tidak sesuai, melainkan semua bangsa sudah ada di level yang sama. Semua dah merasa kemajuan, semua dah berada di tahap pendidikan dan ekonomi yang hampir sama. Anologinya, sekiranya konsep meritokrasi dijalankan, apakah daya kepada mereka yang masih duduk di ceruk hutan, tiada jalan, tiada elektrik, tiada internet untuk bertanding dengan mereka yang lahir, membesar, belajar di Bandar? Ini satu ketidakadilan. Perkara ini yang perlu kerajaan yang adil fikirkan. Ingat? POLITIK BUKAN CUMA MILIK ORANG BANDAR.

Mindset yang kedua yang perlu kita ada dalam proses demokrasi adalah “kalah dan menang”. Yang kalah perlu menerima kekalahan. Jika tidak, susah untuk kerajaan menjalankan segala dasar sekiranya setiap hari diserang dengan pelbagai propaganda. Kita perlu mula bekerja. Jangan terus menerus berpolemik. Parti politik dan rakyat jelata perlu sedar bahawa  dalam setiap parti, mahupun dalam masyarakat itu sendiri, akan wujud golongan minority extremists. Mereka ini kebiasaannya paling lantang dalam bersuara dan meniup rasa ketakutan terhadap mana-mana pimpinan parti. Hasilnya, rakyat yang moderate dan rasional jadi takut untuk menegakkan pendapat mereka kerana takut dicop pengkhianat parti, pengkhianat bangsa, bodoh politik, dan sebagainya.

Kita perlu ingat, kewujudan golongan anarki inilah yang boleh mengugat amalan demokrasi.

Akhirnya, semuanya di tangan rakyat untuk memilih mereka mahu kerajaan yang baik atau tidak. Demokrasi boleh memberi rakyat kuasa untuk memilih, tapi rakyat juga perlu sedar, insaf dan akur kepada limitasi system demokrasi. Jika amalan ini difahami, dan tiada berlaku penyelewengan, maka kerajaan pilihan akan menjadi kerajaan yang baik.





Tis' is Matt Ashkeroth
Sabar 

1 comments:

highheelseliparjepun said...

Wahhh..reading this brings back memory when I studied Sains Politik..haha..Rasa mok belaja balit jak eh..

Post a Comment

Drop some comments ya! Jangan malu-malu.

Terima Kasih Daun Keladi . . . Y(^_^)Y . . .