Pages

Powered by Blogger.

Bangsa Kita


Di Malaysia, sikda satu parti politik pun boleh claim yang sidaknya adalah truly-multiracial. Rata-rata mereka didominasi oleh oleh sesuatu bangsa, baik Melayu, Bumiputera, Cina atau India. Setiap rakyat di pelbagai lapisan, perlukan wakil di peringkat nasional. Seandainya sesuatu bangsa ataupun etnik di Malaysia mengharapkan suara mereka diwakili di peringkat tertinggi pemerintahan, secara logik mudahnya, mereka perlulah mengangkat pemimpin mereka yang dirasakan LAYAK dan KUAT untuk mengetengahkan agenda masing-masing. Dan berdasarkan prinsip demokrasi, mereka yang paling banyak perwakilan, akan membentuk dan mengetuai sebuah kerajaan.  

Dalam negara yang berbilang kaum, pada pendapat akulah, menjadi satu cabaran untuk kesemua parti mengharapkan suara mereka menjadi agenda utama negara. Atas dasar perkongsian kuasa, mestilah ada give and take, ada beberapa perkara yang perlu dikongsi, ada perkara yang perlu dikorbankan. Kesediaan untuk berkongsi dan memberi sebenarnya adalah tulang belakang kepada aturcara politik Malaysia, pada masa sekarang.

Benar, politik Malaysia didominasi oleh bangsa Melayu, tetapi atas dasar perkongsian, ianya diseimbangkan oleh penguasaan lebih 70% bukan bumiputera dalam bidang ekonomi. Setelah 50 tahun, masyarakat Melayu/Bumiputera yang pada asalnya dipecah-perintah masih lagi bertatih dalam mengejar penguasaan ekonomi. Tetapi sikap orang kita yang sudah terdidik bersederhana, bila mendapat gaji RM3000, terus merasa bahawa bangsa kita sudah maju. Walhal kita baru belajar berniaga MLM/online, tapi bangsa lain dah berdagang secara global. Kita masih ketinggalan jauh. Di mata kasar kita mungkin kita sik nampak, kerana dalam kita makan gaji, mempelopori sektor awam, mempelopori dunia hiburan, kurang simpanan,  kebergantungan pada subsidi, kita masih boleh hidup glamor pada definisi “sederhana” kita. Hasilnya, kita “complacent”. Sikap bersenang-lenang ini menyebabkan kita merasakan agenda bangsa itu sesuatu yang “racism”. Ingat kembali kepada asas kenapa kita menghantar perwakilan di pihak pentadbiran? Kerana kita perlukan suara kita di dengar. Hakikat ini di sedari oleh penyokong DAP. Mereka sedar DAP mampu menjadi suara yang lantang. Kesannya, sokongan terhadap DAP meningkat. Tapi jika ingin dibuat kesimpulan, kita mesti melihat pada komposisi undi. Pengundi mana yang menang di hati DAP? Tepuk dada, tanya iman.  

Jika ada satu parti yang bergembira selesa dengan tahap pencapaian mereka, maknanya terdapat sesuatu kesilapanlah dalam perkongsian-pentadbiran. Bagi kerajaan yang adil, ini merupakan satu masalah nasional, iaitu menyamatarakan penguasaan semua bangsa dalam mana-mana bidang sekalipun, lebih-lebih lagi ekonomi. Ini diterjemahkan dalam dasar-dasar kerajaan ke arah pembangunan. Pada pandangan aku, tok adalah asas kepada pemerintahan kerajaan Malaysia sekarang.  

By the same token, sik akan ada parti di dalam Barisan Nasional yang akan berpuas hati dengan jumlah perwakilan mereka di peringkat kerajaan. Di sialah lekuk kelemahan pada perisai Barisan Nasional yang menjadi asas propaganda pembangkang dalam pilihanraya. Kita tidak dapat menidakkan bahawa isu yang dimainkan dalam kempen, rata-ratanya isu ketidakpuasan hati sesuatu bangsa. Refleksi kembali kepada kenapa kita menghantar perwakilan? Mewakili suara rakyat setempat.

The so called Malay privileges diseimbangkan dengan keistimewaan-keistimewaan yang lain. Walaupun Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan, tetap bahasa lain boleh dipraktikkan tanpa halangan. Istimewanya pun cuma keutamaan pada dokumen-dokumen rasmi kerajaan.  Walaupun Bahasa Melayu adalah bahasa kebanggsaan, penggunaannya pun kian terhakis. Islam sebagai agama rasmi, rasanya tiada paksaan bagi penganut lain untuk mengamalkan agama masing-masing. Islam tidak pernah menentang penganut lain untuk beribadat, jika benar keberadaan Islam sebagai agama rasmi itu satu tentangan kepada agama lain, kenapa jumlah rumah ibadat agama lain berpuluh ribu lebih banyak berbanding jumlah Surau dan Masjid? Siapa yang menentang? Sila semak statistik, kerana realitinya berbeza dari yang dicanangkan. Sekarang, umat Islam, agama rasmi sebuah negara menghadapi tuntutan ke atas penggunaan nama “Allah”.  Apa niat mereka, itu Tuhan saja yang tahu. Tetapi umat Islam Malaysia perlu menilai ini sebagai satu mesej yang tersirat.  

Rasanya kita jelas bahawa di Malaysia, membentuk parti yang berbilang bangsa tetapi bersatu melalui perikatan adalah sesautu yang boleh dilakukan. Tetapi parti yang benar-benar multi-racial adalah hampir mustahil untuk dibentuk, kerana rakyat Malaysia masih lagi mengidentitikan masing-masing berdasarkan apa bangsa nenek moyang mereka. Hatta di Singapura sekalipun, bangsa Cina dan Melayu masih mengenal diri mereka melalui bangsa masing-masing, bukan sebagai bangsa Singapura. Dalam konteks ini, kita tidak dapat mengambil contoh Thailand & Indonesia, mungkin boleh diperbincangkan di ruang yang lain.  

Selagi rakyat Malaysia masih lagi mengidentitikan mereka berdasarkan asal nenek moyang mereka, non-racial party cannot be viable or accepted in Malaysia. Memang ada wujud parti yang mengakui mereka multi-racial, tetapi jika dilihat dari segi isu kempen, rata-rata kembali ke agenda bangsa. Maka, coalition model ini akan masih relevan sehingga semua bangsa di Malaysia mengenal diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang satu, dan cuma eksklusif untuk Malaysia.    



Tis' is Matt Ashkeroth
Just saying.



p/s: Bila Najib sebut “Tsunami Cina” nampaknya Kit Siang tidak bersetuju. Mungkin beliau terlupa dengan racial remarks beliau terhadap Melayu yang jelas mengguris rakan senegara. Lupa kerana faktor usia, mungkin.

0 comments:

Post a Comment

Drop some comments ya! Jangan malu-malu.

Terima Kasih Daun Keladi . . . Y(^_^)Y . . .