* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Assalamualaikum w.b.k.t
Okay. Musim election menjelma. So seperti biasa, Kuching akan penuh dgn poster segenap jeraya. Akan ramilaa sidak turun ke Sarawak berkempen. TV pun tang tiba-tiba ada slot khas Sarawak. Dalam tenet nang sikboh cerita, manusia berbunoh sama dirik. Suma mempertegakkan point masing-masing. Status Facebook/ Twitter dah jadi tempat nganok orang ya nganok orang tok. Newspaper nang xda cerita lain, nang hal politik jak. Media Alternatif pun sama jak laa, sikboh sidak nak nganok newspaper, sekurang-kurangnya newspaper gik masih berhemah dari segi gaya bahasa penulisan. So 2x5, jangan nak deny.
First of all, aku tok bukanlaa jenis orang yang gago gilak pasal politik. Plus aku ngakuk la siap-siap yang aku sik banyak ilmu pasal politik tok. Tapi, ya sik bermaksud aku sik boleh merik pendapat tentang dunia politik Malaysia tok nak. Maybe ada yang sik suka dengan isi penulisan aku, neway, wat the hell! I am not significant to you as much as you are not significant to me. Plus, this entry is not meant to bash any particular party, just my point of view jak. Okay before that, mind you that entry tok bukan la entry yang intellectual. So sik perlu ktkorg nak judging based on Buku Text Politik & Pemerintahan ktkorg. Tok cuma sekadar persoalan yang bermain di fikiran aku jak. So, tone yang aku coba sampaikan adalah tone perbualan yang casual. No hatred. Peace No war.
Okay, Malaysian Politics.
First, aku rasa masalah dengan politik kita tok sebenarnya, terlalu di over sensationalized. Suma benda pun nak di politikkan, sampe kadang-kadang kita rasa sik perlu. Since politik tok diberikkan keutamaan gilak, sampe kita lose track dengan masalah-masalah yang lebih global. Kita jarang dengar politician ngelaka pasal Global Warming, Kelembapan Ekonomi Dunia, Corporatocracy, Productivity, Early Education, Renewable Energy, Logging and macam-macam gik masalah dunia. Tapi kita masih gago dengan, sapa liwat sapa, bini sapa molah muka, sapa blakon video terlampau, sapa kaki tipu, sapa berbini muda, sapa sik molah kerja, sapa tukang tapok konspirasi, sapa racisme, sapa corrupt.....end up, bila kita nilai dgn penuh insaf, politik semuanya berkisarkan politik individu/politik parti. Tapi, kita termakan dengan suma benda because kita rasa, nya JUICY.
Cuma aku ada beberapa benda yang aku rasa macam tertanya-tanya;
Kawasan Bandar
Result election kali tok menunjukkan yang PR banyak menang di kawasan bandar. Trend pengundi PR di semenanjung nampaknya dah mula di terima oleh masyarakat bandar Sarawak. Ok, kita piker senangla. Maybe PR dipilih di bandar sebab sidak competent dalam molah kerja. Okay.
Just to raise some reasonable doubt. Andai kata perjuangan sebenarnya adalah untuk membantu penduduk yang "tertinggal" dari segi pembangunan, then why kawasan yang betol-betol ulu, sikda jalan, sikda karan, still BN menang and sidak PR sik beria-ria nak merebut kawasan ya? Maka perjuangan utama adalah membantu masyarakat, and by right definisi masyarakat yang patut di bantu adalah mereka yang terkebelakang dalam arus pembangunan, ya definisi aku lah.
So kenak kawasan-kawasan ulu ya sik diperjuangkan benar-benar oleh PR? Kebanyakkan isu utama rakyat dgn sidak BN adalah jeraya sik siap-siap, karan sik masok-masok. Sudah jelas ya adalah isu utama yg jadi masalah rakyat, then kenak PR sik memperjuangkan sungguh-sungguh isu ya di kawasan yang BENAR-BENAR memerlukan kemudahan asas.
Kenak fokus utama adalah BANDAR? Why?
Adakah sebab demographic?
Adakah sebab pengundi?
Or adakah sebab ya adalah jalan yang mudah untuk menang, asalkan menang?
Kenak sikmok ngantar the best candidate di Balingian pake melawan Taib? Why?
Bukankah provokasi utama kempen adalah untuk menumbangkan Taib?
So WHY calon yang di anta pake melawan Taib ya, sorry to say, sik percayak aku dgn kepimpinannya. Kenak pimpinan tertinggi PR overlook benda ya.
So, persoalannya, sapa sebenarnya yang di bantu dalam perjuangan tok?
Corruption
Okay. Kita salu ditaburkan dengan cerita yang Taib tok tek corrupt. Kononnya makan duit rakyat, ngumpul kekayaan untuk ahli keluarga nya mpun. Tapi, suma allegation ya, suma yang sik formal, blom ada bukti. Andai kata benar, then kenak sikda dakwaan rasmi pun di polah ke atas Taib?
Di sini watak dak pimpinan PR time tok? Buktikan lah yang Taib ya benar-benar corrupt. Bak kata Fasha Sandha, "Jika betul, mana buktinya....?"
So sama juak la. Iboh nak padah Taib, even kita rakyat biasa tok gik mok bukti mun kita disabit kesalahan. So, benar sik benar allegation ya, masih gik fuzzy. Jika benar, tampilkanlah bukti. Time toklaa pake kan pemande ktorg carik bukti untuk menyabitkan Taib tek, jika benar nya corrupt.
TAPI, sikda pun bukti. Ni pegi asas perjuangan nak menumbangkan Taib tek? Kah sekadar ditabur dalam ceramah-ceramah jak tapi sik di buktikan dengan tindakan?
So macamni kita nak mengharapkan masalah jeraya, karan, geran tanah dapat diselesaikan, padahal isu utama yang dibangkitkan dalam kempen, yang di print besar-besar dalam banner, sikpat dibuktikan dengan kukuh.
Buktikanlah. Mun benar, buktikan kepada rakyat. Baruk la orang akan respek. Bukan setakat cakap-cakap kempen.
Parti
Pada pandangan aku lah, kita tok sebenarnya terbawa-bawa gilak dengan isu pemimpin berbanding isu-isu rakyat. Bagi kita, BN ya Taib, PR ya Anwar, DAP ya LKS. So parti ya di outshine oleh sapa pemimpinnya. Lupa kita tentang perjuangan rakyat. Lupa kita yang kuasa sebenarnya bergerak dari bawah ke atas. Pemimpin di angkat oleh rakyat. Mmg benar tunjang parti adalah pemimpin, tapi when it comes to KERAJAAN, nya sepatutnya adalah satu usaha yang kolektif. Kerajaan bukan setakat pemimpin atasan. Kerajaan adalah satu jentera. Dari pemimpin sampe ke kakak tukang fotostet di opis kerajaan.
Mok ktkorg kakitangan kerajaan dipadah sik competent hanya kerana pemimpin ya sik disuka rakyat?
Sikmok nak? Salah seorang, sik bermaksud salahlah semua.
Produktiviti adalah sesuatu yang bersifat individu. Bagus macamni pun pemimpin atasan, mun orang bawahan masih gik kerja sambil lewa, lunch hour sampe pkl 4ptg, mcm ni JENTERA KERAJAAN nak jadi produktif?
Tapi, yang akan terkenak kesannya adalah kepimpinan. Apa kata, mun setiap kali ada masalah kelewatan, buangkan pekerja di satu2 sektor kerajaan ya. Mun sidak ulu tek xda sekolah, DO nya kita buang kerja. Mun sigek2 tempat tek JPJ nya slow, pekerja JPJ ya buangkan, sia baruk kita dapat tingkatkan produktiviti.
Tapi hakikatnya sik. Kita lebih suka blame kan kepada pimpinan parti.
Tapi kita sik muhasabah dirik.
Kenak bila situasi didefinisikan dari segi produktiviti individu kita sik setuju untuk diubah, tp bila melibatkan pimpinan kerajaan, kita lebih suka bercakap tentang perubahan, tsunami segala?
Maka hakikatnya, KERAJAAN itu adalah SATU JENTERA. Bukan sekadar pemimpin atasan.
Why?
Hakikat ya kita masih sikmok akui.
Pada pendapat aku la, dalam kita memilih kepimpinan negeri, perasaan pertama yang perlu kita kikis adalah in denial. Jangan kita sibuk menidakkan kejahatan di depan mata, tapi leka mencari keburukan dalam kebaikan. Kita perlu jujur, jelas, and faham matlamat utama parti yang kita pilih untuk memimpin. Semuanya adalah untuk rakyat. Benci adalah satu perasaan yang sebenarnya sangat senang untuk di manipulasi. Rasa benci la molah sesama bangsa berkelai, bangsa lain appear lebih bagus dari satu bangsa lain, sama agama berbunoh sama dirik, orang bangsa lain diberik peluang untuk memporak peranda satu bangsa lain.
Memang benar, muafakat and perpaduan adalah satu yang cliche. Orang dah sik termakan dengan perjuangan ke arah perpaduan. Nice in theory, tapi hakikatnya orang beranok sama dirik. Perpaduan yang hakiki memanglah sebenarnya satu utopia yang susah nak dicapai, tapi sik salah untuk kita berusaha ke arah ya. Di sia la kegunaan PARTI POLITIK.
Politik sepatutnya MENYATUKAN, politik sepatutnya MENCARI PERSAMAAN, bukan setakat MEMBANGUNKAN.
Sebab apa yang penting sekali yang kita kejar lebih-lebih lagi dalam negara yang berbilang bangsa and agama, adalah perpaduan, kemakmuran, dan toleransi.
Bila semua dapat dicapai, apa yang terhasil adalah sebuah masyarakat yang balance and sejagat. Faham akan tatasusila, adat, kepercayaan bangsa yang berlainan. Tapi, bila perjuangan yang utama adalah hanya untuk mengejar pembangunan, di sia kita akan datangla satu faktor lain - DUIT. Duit sik semestinya membawa kebahagiaan.
Kerana duit la bangsa berpecah, kerana duitlah adik beradik berbunuh sama diri, kerana duitlah timbul masyarakat yang miskin and kerana duitlah ada penindasan.
And semua ya dah terjadi di depan mata kita kinek tok, and macam ni kita nak kekang benda ya terus berlaku? Di sia la fungsi PARTI.
Tapi bila parti dah jadi tempat memecahbelahkan masyarakat, dari segi ni ktkorg rasa pembangunan dapat terhasil dari sia? Pembangunan is INEVITABLE, eventually kita tetap akan membangun. Tapi jangan sebab pembangunan kita hilang jati diri, hilang perpaduan, berkelai sama dirik, berlaku ketidakadilan. Mun kepimpinan diukur hanya dari segi pembangunan, so, akan ada satu bangsa appear lebih competent dari bangsa lain, and ya adalah satu hakikat yang kita sik boleh nak tolak. And ya lah yang coba dipadah oleh Dr.M dalam bukunya. Mmg awful, tapi yalah hakikatnya. Tapi kita sikmokla benda tok berterusan. Terus-menerus jadi bangsa yang mundur, trus jadi bangsa yang incompetent. So di sia penting perjuangan parti. Kita perlukan parti yang dapat cari MUAFAKAT dalam kepelbagaian. Parti yang boleh tolerate, parti yang faham macam ni nak membangunkan rakyat yang BERBILANG KAUM, BERLAINAN AGAMA, BERBEZA KEUPAYAAN. Kerana, suka atau tidak, kita mesti terimak hakikat, parti kita adalah parti BANGSA. Period.
Ada terbaca sigek kata-kata "Lebih baik kita berdepat, daripada kita berpura-pura damai".
Ermm....ada betolnya, tapi kata-kata ya perlu disertakan dengan satu sifat. Iaitu sifat mesti sanggup untuk menerima hakikat akan kelemahan diri sendiri, kelemahan bangsa sendiri. Dapatan daripada perdebatan sepatutnya adalah kata sepakat.
Bukan "aku pande ngelaka, then aku menang". Sik boleh. Ya drama namanya.
Maybe point aku salah, cuma tok adalah apa yang aku terfikir.
Tis' is Matt Ashkeroth
And I'm just saying
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
5 comments:
Well Said!!!
pa yg b.matt padah ya nang ada btol nya...tahniah ats pemulisan yg MANTOP and kmk rasa pa yg ktk tulis ya mewakili sora rakyt srwk nok len juwak...
Owh...hehehe...tengs.
rasa gelora dijiwa yang cuma dapat disampaikan dalam blog dirik mpun jak.
Hehehe....
neways tengs very much for following! Hehehe...
*klep klep* aku mok molah entri juak, tp aku malas.
Owh...polah la owh, kedong isu gik presh...
Post a Comment
Drop some comments ya! Jangan malu-malu.