Sik
lamak lagik election oi!
505
Ubah kata sidak Pakatan. 1Malaysia kata sidak BN.
Well
seperti biasa, semua lapisan masyarakat sik kira yang pande make internet ka
sik , semua berpolitik.
Bendera
parti-parti mulalah menghiasi jalanraya dengan macam-macam rona dan mesej.
Apa-apapun,
5hb kelak sapa yang kuat berpolitik ya, jangan lupak ngundi. Yang sik ngundi
tapi kuat berpolitik ya, mun ktkorg Ahli Parti, sik apa ktkorg berpolitik. Mun setakat
LIKE page parti-parti di FB and baca 4 5 blog lalu rasa dirik menguasai
maklumat politik Malaysia, pesan aku,
“Jangan
merik malu dirikmpun”
Persoalan
seterusnya adalah;
“Adakah
Barisan Nasional akan menang?”
Pada pendapat mudah aku, YES, Barisan
Nasional akan tetap menang pada PRU13 tok. Tapi yang menjadi kayu ukurannya
adalah, margin kemenangan. Mana-mana kerajaan sekalipun, hatta kerajaan Pakatan
sekalipun, sikkan mudah memerintah sekiranya menang tipis, kerana kerajaan yang
akan dibentuk adalah kerajaan yang lemah. Hasilnya, pada 5 tahun akan datang,
rakyat Malaysia hanya akan disogok dengan kempen jak setiap masa. Maka
pekerjaan pembangunan dan ekonomi akan
pasti tergendala.
Ramai
yang berpendapat bahawa BN dah lamak gilak memerintah. Aku pun percaya yang
kita patut berubah. Berubah dalam erti kata lain; Progress. Not a blatant
Change.
Perubahan,
macam botox and plastic surgery juak bah, mesti dipolah slow-slow. Jangan
drastik gilak takut hujung-hujung muka kita jadi kedak kreta proton eksiden
kenak lantak lori 8 tayar.
Bagi
aku, mungkin satu hari kelak aku akan sokong bukan BN, tapi buat masa sekarang,
alternative kepada Barisan Nasional adalah lebih menakutkan aku.
Why?
Kerana 1: Kepimpinan. Pakatan diterajui oleh pemimpin yang obsess nak menjadi
Perdana Menteri. Andai kata nya sabar sikit sewaktu dalam kerajaan, semestinya
nya dah jadi PM now. Tapi yalah, Maybe dah tertulis nya sikkan jadi PM.
Dalam
sejarah penubuhan Malaysia, PAS & DAP sik pernah menghasilkan Perdana
Menteri, Cuma UMNO.
Jika
perjuangan sebenarnya adalah bencikan ketidakadilan UMNO, kenak dari dolok nya
sik menerajui PAS untuk menjadi PM, instead nya join UMNO.
Jawapannya:
sebab nak jadi Perdana Menteri.
Now,
he is leading the opposition and hopes to be installed as Prime Minister after
the next election. Walaupun ada sesetengah hujahnya betul dan berasas, tapi
sejujurnya aku rasa nya bukanlah seorang yang baik dan selayaknya diangkat
menjadi ketua. Sama dengan parti komponen Pakatan, mereka bukan pakatan yang
kuat. Satu nya parti bangsa, and satu lagi adalah parti agama. Anyhow, cdak
akan tetap bertelagah dalam apa isu sekalipun, lebih-lebih lagi yang melibatkan
Islam, walaupun luarannya nampak macam sepakat. The only “Pakat” yang ada
hanyalah untuk menumbangkan BN. Dari segi isu yang dipolitikkan pun,
kebayakkanya bukan isu nation-building. Semua isu “Parti”. Sekarang pun dalam
pakatan dah ada pertelagahan yang parti terbesar sik semestinya memerintah.
Cuba jelaskan macamni pemilihan pucuk pimpinan ya akan dijalankan sekiranya menang?
Seandainya PAS menang besar sekalipun, DAP belum tentu setuju PAS jadi Perdana
Menteri. Why? Kerana essence utama perjuangan adalah nyata sekali berbeza.
Benar,
Barisan Nasional memang dah lamak memerintah, sama seperti PAS di Kelantan.
Dari segi pembangunan, sikda orang dapat deny pembangunan di negeri pimpinan
BN, but one cannot say the same about the achievement of PAS in Kelantan.
Mungkin
pimpinan PAS lebih mementingkan tarbiah insan, tapi adakah ya sama macam apa
yang diinginkan DAP/PKR?
Andai
kata kita mesti berubah, pucuk pimpinan PAS & DAP adalah lebih lamak
berkuasa berbanding pucuk pimpinan BN dan parti-parti komponen BN. Malaysia dah
melalui zaman 6 orang Perdana Menteri, ada 6 wawasan dan 6 gaya pemerintahan
yang berbeza. Tapi sepanjang 6 kali perubahan, DAP masih diterajui oleh orang
yang sama. Sekiranya akan ada perubahan sekalipun, tampuk pimpinan akan diberi
kepada anaknya.
There,
dynasty in the making.
Sama
seperti PAS dan PBB Sarawak, kepimpinan masih belum bertukar semenjak pemerintahan
4 Perdana Menteri and still sikda tanda-tanda perubahan kepimpinan akan berlaku
dalam masa terdekat.
As for KeAdilan, si ketua meletakkan dirinya
sebagai Penasihat parti, si isteri menjadi President, si anak menjadi Naib
Presiden, kawan karib menjadi Timbalan Presiden. Sekiranya akan berlaku
perubahan sekalipun, certainly not through the leader stepping down.
Aku
percaya pada perubahan. Change is inevitable. Somehow kita memang terpaksa berubah
dan membangun, sikda cara lain. Tapi perubahan sebenar mestilah bermula dari
dalam, bukan saja luaran.
Perubahan
luaran sebenarnya kosmetik semata.
1
parti, 6 orang Perdana Menteri, 6 polisi berbeza.
Ini juga satu perubahan.
Barisan
Nasional yang akan bertanding di PRU13 adalah Barisan Nasional yang berbeza
dari versi yang bertanding pada pilihanraya sebelumnya. So, there will be change.
Tapi,
dari segi kesepakatan antara parti komponen, BN masih berpegang pada polisi dan
prinsip yang sama. Demokrasi dalam BN lebih terserlah berbanding demokrasi
dalam Pakatan. Pemimpin parti dipilih berdasarkan suara ramai ahli parti.
Sekiranya
sik digemari pun sesorang pemimpin ya, ahli parti lah paling layak membuangnya.
Bagi
aku, only the denial and the hateful yang sik dapat melihat perubahan polisi
kepimpinan BN. Mengatakan bahawa BN adalah a one-party-state pun satu
allegation yang sik tepat. BN terdiri daripada 14 parti. Sewaktu PAS menyertai
UMNO zaman Tun Razak pun, ketua PAS diberik jawatan Menteri (Dato Asri).
Jadi
perkongsian kuasa memang wujud dalam BN. Agak kasihanlah bila UMNO diletakkan
sebagai punca segala permasalahan hanya kerana mereka parti terbesar.
Kerajaan
yang ada sekarang dipilih adalah kerajaan yang sah, dipilih melalui proses
demokrasi. Seandainya rakyat memilih semula BN untuk menjadi kerajaan, tetap ya
adalah suara rakyat, hatta menang lebih 1 kerusi sekalipun berbanding Pakatan.
Memilih Pakatan pula tidak semestinya menjadikan Malaysia lebih demokratik atau
membawa maksud orang Malaysia lebih bijak memilih. Kedua-duanya sama.
Memilih
Pakatan agar Malaysia menjadi kerajaan 2 parti pun sebenarnya baseless. Pakatan
bukanlah terdiri daripada 1 parti sahaja, Yang dipakat Cuma untuk menang
pilihanraya. Tetapi, ketiga-tiganya tetap ada matlamat parti yang tersendiri.
Bertanding
pun dengan logo masing-masing. Hendak menukar kerajaan sekalipun, pilihlah
kerajaan yang sekurang-kurangnya bersatu.
Fungsi
pilihanraya adalah untuk memilih Parti mana yang paling layak untuk mentadbir
sebuah kerajaan, dengan harapan, rakyat kenal dan tahu memilih.
Tapi
realitinya, umum memilih berdasarkan bangsa, parti, dan juga berdasarkan
propaganda yang di sebarkan. Mungkin cuma segelintir yang memilih berdasarkan
KPI parti yang memerintah.
Menyokong Pakatan bukanlah bermaksud tidak
menyokong kerajaan. Benar.
Penyokong
pembangkang sering dilabel sebagai tidak mementingkan keharmonian dan
sebagainya. Di situ silapnya mesej media kerajaan.
Tetapi,
mereka yang menyokong Barisan Nasional juga bukanlah bodoh. Mereka juga membaca
seperti anda-anda yang lain. Menyokong BN tidak bermaksud mengiyakan rasuah,
tidak bermaksud sudah di brain-wash.
Juga tidak bermaksud less-Islamic, kerana
tetap punya Tuhan, Rasul dan Kitab yang sama. Yang membezakan sesama Islam itu
Taqwa, bukan parti politik.
Masing-masing
punya sebab. Tetapi biarlah sebab itu sesuatu yang objektif. Bukan dipandu oleh
perasaan membenci dan mencari alasan untuk membenci.
Buatlah
pilihan. Tentukan masa depan.
Tis is Matt Ashkeroth
Be objective.
p/s: Mahukan kemajuan,
pilihlah pemimpin yang dalam percakapannya, punya banyak Achievement Imagery.
Bukan hebat politicking semata. Politician ramai, Negarawan kurang.
1 comments:
Oh my God!What a brilliant entry..Just read this though..You should be one of those giving opinions on TV!!Together with Prof Jeniri..hehe..*I had goosebumps reading this you know*..
Post a Comment
Drop some comments ya! Jangan malu-malu.