Pages

Powered by Blogger.

Saya Pilih


Sik lamak lagik election oi!
505 Ubah kata sidak Pakatan. 1Malaysia kata sidak BN.

Well seperti biasa, semua lapisan masyarakat sik kira yang pande make internet ka sik , semua berpolitik.
Bendera parti-parti mulalah menghiasi jalanraya dengan macam-macam rona dan mesej.

Apa-apapun, 5hb kelak sapa yang kuat berpolitik ya, jangan lupak ngundi. Yang sik ngundi tapi kuat berpolitik ya, mun ktkorg Ahli Parti, sik apa ktkorg berpolitik. Mun setakat LIKE page parti-parti di FB and baca 4 5 blog lalu rasa dirik menguasai maklumat politik Malaysia, pesan aku,
“Jangan merik malu dirikmpun”

Persoalan seterusnya adalah;
“Adakah Barisan Nasional akan menang?”
  Pada pendapat mudah aku, YES, Barisan Nasional akan tetap menang pada PRU13 tok. Tapi yang menjadi kayu ukurannya adalah, margin kemenangan. Mana-mana kerajaan sekalipun, hatta kerajaan Pakatan sekalipun, sikkan mudah memerintah sekiranya menang tipis, kerana kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang lemah. Hasilnya, pada 5 tahun akan datang, rakyat Malaysia hanya akan disogok dengan kempen jak setiap masa. Maka pekerjaan pembangunan dan ekonomi  akan pasti tergendala.

Ramai yang berpendapat bahawa BN dah lamak gilak memerintah. Aku pun percaya yang kita patut berubah. Berubah dalam erti kata lain; Progress. Not a blatant Change.
Perubahan, macam botox and plastic surgery juak bah, mesti dipolah slow-slow. Jangan drastik gilak takut hujung-hujung muka kita jadi kedak kreta proton eksiden kenak lantak lori 8 tayar.


Bagi aku, mungkin satu hari kelak aku akan sokong bukan BN, tapi buat masa sekarang, alternative kepada Barisan Nasional adalah lebih menakutkan aku.
Why? Kerana 1: Kepimpinan. Pakatan diterajui oleh pemimpin yang obsess nak menjadi Perdana Menteri. Andai kata nya sabar sikit sewaktu dalam kerajaan, semestinya nya dah jadi PM now. Tapi yalah, Maybe dah tertulis nya sikkan jadi PM.
Dalam sejarah penubuhan Malaysia, PAS & DAP sik pernah menghasilkan Perdana Menteri, Cuma UMNO.
Jika perjuangan sebenarnya adalah bencikan ketidakadilan UMNO, kenak dari dolok nya sik menerajui PAS untuk menjadi PM, instead nya join UMNO.
Jawapannya: sebab nak jadi Perdana Menteri.


Now, he is leading the opposition and hopes to be installed as Prime Minister after the next election. Walaupun ada sesetengah hujahnya betul dan berasas, tapi sejujurnya aku rasa nya bukanlah seorang yang baik dan selayaknya diangkat menjadi ketua. Sama dengan parti komponen Pakatan, mereka bukan pakatan yang kuat. Satu nya parti bangsa, and satu lagi adalah parti agama. Anyhow, cdak akan tetap bertelagah dalam apa isu sekalipun, lebih-lebih lagi yang melibatkan Islam, walaupun luarannya nampak macam sepakat. The only “Pakat” yang ada hanyalah untuk menumbangkan BN. Dari segi isu yang dipolitikkan pun, kebayakkanya bukan isu nation-building. Semua isu “Parti”. Sekarang pun dalam pakatan dah ada pertelagahan yang parti terbesar sik semestinya memerintah. Cuba jelaskan macamni pemilihan pucuk pimpinan ya akan dijalankan sekiranya menang? Seandainya PAS menang besar sekalipun, DAP belum tentu setuju PAS jadi Perdana Menteri. Why? Kerana essence utama perjuangan adalah nyata sekali berbeza.


Benar, Barisan Nasional memang dah lamak memerintah, sama seperti PAS di Kelantan. Dari segi pembangunan, sikda orang dapat deny pembangunan di negeri pimpinan BN, but one cannot say the same about the achievement of PAS in Kelantan.
Mungkin pimpinan PAS lebih mementingkan tarbiah insan, tapi adakah ya sama macam apa yang diinginkan DAP/PKR?


Andai kata kita mesti berubah, pucuk pimpinan PAS & DAP adalah lebih lamak berkuasa berbanding pucuk pimpinan BN dan parti-parti komponen BN. Malaysia dah melalui zaman 6 orang Perdana Menteri, ada 6 wawasan dan 6 gaya pemerintahan yang berbeza. Tapi sepanjang 6 kali perubahan, DAP masih diterajui oleh orang yang sama. Sekiranya akan ada perubahan sekalipun, tampuk pimpinan akan diberi kepada anaknya.
There, dynasty in the making.
Sama seperti PAS dan PBB Sarawak, kepimpinan masih belum bertukar semenjak pemerintahan 4 Perdana Menteri and still sikda tanda-tanda perubahan kepimpinan akan berlaku dalam masa terdekat.

 As for KeAdilan, si ketua meletakkan dirinya sebagai Penasihat parti, si isteri menjadi President, si anak menjadi Naib Presiden, kawan karib menjadi Timbalan Presiden. Sekiranya akan berlaku perubahan sekalipun, certainly not through the leader stepping down.


Aku percaya pada perubahan. Change is inevitable. Somehow kita memang terpaksa berubah dan membangun, sikda cara lain. Tapi perubahan sebenar mestilah bermula dari dalam, bukan saja luaran.
Perubahan luaran sebenarnya kosmetik semata. 
1 parti, 6 orang Perdana Menteri, 6 polisi berbeza.
 Ini juga satu perubahan.
Barisan Nasional yang akan bertanding di PRU13 adalah Barisan Nasional yang berbeza dari versi yang bertanding pada pilihanraya sebelumnya.  So, there will be change.

Tapi, dari segi kesepakatan antara parti komponen, BN masih berpegang pada polisi dan prinsip yang sama. Demokrasi dalam BN lebih terserlah berbanding demokrasi dalam Pakatan. Pemimpin parti dipilih berdasarkan suara ramai ahli parti.
Sekiranya sik digemari pun sesorang pemimpin ya, ahli parti lah paling layak membuangnya.
Bagi aku, only the denial and the hateful yang sik dapat melihat perubahan polisi kepimpinan BN. Mengatakan bahawa BN adalah a one-party-state pun satu allegation yang sik tepat. BN terdiri daripada 14 parti. Sewaktu PAS menyertai UMNO zaman Tun Razak pun, ketua PAS diberik jawatan Menteri (Dato Asri).
Jadi perkongsian kuasa memang wujud dalam BN. Agak kasihanlah bila UMNO diletakkan sebagai punca segala permasalahan hanya kerana mereka parti terbesar.

Kerajaan yang ada sekarang dipilih adalah kerajaan yang sah, dipilih melalui proses demokrasi. Seandainya rakyat memilih semula BN untuk menjadi kerajaan, tetap ya adalah suara rakyat, hatta menang lebih 1 kerusi sekalipun berbanding Pakatan. Memilih Pakatan pula tidak semestinya menjadikan Malaysia lebih demokratik atau membawa maksud orang Malaysia lebih bijak memilih. Kedua-duanya sama.
Memilih Pakatan agar Malaysia menjadi kerajaan 2 parti pun sebenarnya baseless. Pakatan bukanlah terdiri daripada 1 parti sahaja, Yang dipakat Cuma untuk menang pilihanraya. Tetapi, ketiga-tiganya tetap ada matlamat parti yang tersendiri.
Bertanding pun dengan logo masing-masing. Hendak menukar kerajaan sekalipun, pilihlah kerajaan yang sekurang-kurangnya bersatu.

Fungsi pilihanraya adalah untuk memilih Parti mana yang paling layak untuk mentadbir sebuah kerajaan, dengan harapan, rakyat kenal dan tahu memilih.
Tapi realitinya, umum memilih berdasarkan bangsa, parti, dan juga berdasarkan propaganda yang di sebarkan. Mungkin cuma segelintir yang memilih berdasarkan KPI parti yang memerintah.

 Menyokong Pakatan bukanlah bermaksud tidak menyokong kerajaan. Benar.
Penyokong pembangkang sering dilabel sebagai tidak mementingkan keharmonian dan sebagainya. Di situ silapnya mesej media kerajaan.
Tetapi, mereka yang menyokong Barisan Nasional juga bukanlah bodoh. Mereka juga membaca seperti anda-anda yang lain. Menyokong BN tidak bermaksud mengiyakan rasuah, tidak bermaksud sudah di brain-wash.
 Juga tidak bermaksud less-Islamic, kerana tetap punya Tuhan, Rasul dan Kitab yang sama. Yang membezakan sesama Islam itu Taqwa, bukan parti politik.
Masing-masing punya sebab. Tetapi biarlah sebab itu sesuatu yang objektif. Bukan dipandu oleh perasaan membenci dan mencari alasan untuk membenci.


Buatlah pilihan. Tentukan masa depan.





Tis is Matt Ashkeroth
Be objective.






p/s: Mahukan kemajuan, pilihlah pemimpin yang dalam percakapannya, punya banyak Achievement Imagery. Bukan hebat politicking semata. Politician ramai, Negarawan kurang. 

1 comments:

highheelseliparjepun said...

Oh my God!What a brilliant entry..Just read this though..You should be one of those giving opinions on TV!!Together with Prof Jeniri..hehe..*I had goosebumps reading this you know*..

Post a Comment

Drop some comments ya! Jangan malu-malu.

Terima Kasih Daun Keladi . . . Y(^_^)Y . . .